Puding Caramel bahan2:
4 cawan susu segar
3 keping roti
3 biji telur
1/2 tin susu pekat
esen vanila
1 cawan gula untuk caramel
cara2 nya:
memula panaskan susu segar dalam kuali.
ketepikan dalam mangkuk dan masukkan roti. biarkan sejuk sikit.
setelah sejuk sikit, masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla ke dalam blender. masukkan adunan susu + roti tadi dalam blender juga. blend hingga hancur.gula secawan tadi dipanaskan atas api sehingga menjadi caramel (make sure api x besar sgt.. kang hangus).
kendian, sapukan butter dalam loyang.
tuang gula caramel tu dan akhir sekali tuangkan semua bahan yang diblend
masukkan dalam pengukus dan kukus untuk 20min dalam api sederhana.. tadaaaaa.. dah siap!!
Oatmeal w Chocolate Chip Cookies1 kiub butter
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan castor sugar
2 biji telur
1 sudu caramel/golden syrup
31/2 cawan gandum
1 cawan oat (dikisar)
1/2 sudu baking powder
3/4 sudu soda bikarbonat
1 cawan chocolate chip
Cara Penyediaan:
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan telur dan pukul hingga sebati dan kembang
3. masukkan vanila essence dan aduk hingga sebati.
4. Masukkan baking powder dan soda bikarbonat dan aduk hingga sebati.
5. Masukkan oat dan gaul sebati.
6. Masukan gandum sedikit demi sedikit.
7. Masukkan chocolate chip dan gaul hingga sebati.
8. Kaup dengan sudu untuk mendapatkan drop type cookies
Chocolate Chip CookiesBahan-bahannya:
1 kiub butter
5 sudu brown sugar
5 sudu castor sugar
300gm gandum
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan almond/hazelnut/walnut powder
1/2 cawan almond (nibbed / cincang)
1 biji telur
1 1/2 sudu Cocoa powder
1 sudu vanila essence
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan telur dan pukul hingga sebati dan kembang
3. masukkan vanila essence dan cocoa powder dan aduk hingga sebati.
4. Masukkan baking powder dan soda bikarbonat dan aduk hingga sebati.
5. Masukkan almond/hazelnut/walnut powder dan gaul sebati.
6. Masukan gandum sedikit demi sedikit.
7. Masukkan chocolate chip dan almond cincang dan gaul hingga sebati.
8. Kaup dengan sudu untuk mendapatkan drop type cookies
Ikan Goreng TauchuBahan-bahan:
2 ekor ikan kembung (digoreng)
4 ulas bawang putih(di hiris nipis)
1/2 inci halia(dihiris panjang2)
1/2 biji bawang besar (potong wedges)
1 1/2 sudu makan tauchu
1/2 cawan air asam jawa
3 biji cili hijau (belah dua)
sedikit gula
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih & halia
2. masukkan tauchu dan masak hingga naik bau
3. Masukkan air asam jawa dan gula
4. Masukkan bawang besar dan cili hijau
5. Masukkan ikan yang telah digoreng.
Masak hingga nampak kuah meresap ke dalam ikan.
CaramelBahan-bahannya:
1 tin susu cair
5 biji telur (saiz L)
3/4 cawan gula
2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air
1/2 cawan gula (dimasak jadi caramel)
Cara Penyediaan:
1. Bancuh susu, telur, gula, garan dan air hingga kembang
2. Masukkan gula caramel ke dalam loyang.
3. Tuang bacuhan ke dalam loyang yg ada caramel
4. Kukus hingga masak
Tip:1. cucuk dengan lidi atau cake tester bagi memastikan puding dah betul2 masak. kalau dah betul2 masak, lidi yg ditarik keluar akan bersih.2. Utk masak karamel, masak gula hingga hangus, masukkan air mendidih (1/4 cawan) sedikit demi sedikit bagi mengelakkan gula merepuh.
Bingka Roti BejagungBahan-bahan
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan Mama guna 250ml santan + 750ml susu segar.. janji cukup 1L
200gm jagung krim dlm tin
Cara-cara
Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek Mama pakai non-stick mould.. agaknye sebab tu la tak de kerak2 kat tepi.. cisss.. lainkali pakai loyang biasa aje.. mama suka kerak2 tu..
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.
Kuey Teow Hong Konguntuk 2 orang makan
2 genggam kuey teow.. basuh.. dan toskan.. kalau keras, celur sket..
4 biji telur.. 2 biji untuk setiap orang
pukul telur dalam mangkuk asing. panaskan minyak sket je, masukkan kuey teow dan tuang telur.. make sure rata supaya dia jadi cam penkek gitu.. ketepikan
bawang putih, merah dan halia sikit di potong halus.
daging sket
ayam sket
baby corn sket
carrot potong panjang2 halus sket
bunga kobis sket
2 sudu stok ayam maggi dibancuh dengan air (lebih kurang 300ml)
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air
air secukupnya
garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih
cili api dihiris halus kalau suka pedas
daun sup + bawang utk hiasan
cara2.. lebih kurang cam nak masak ladna je..
tumis bawang n halia hingga naik bau. masukkan daging. dah lama sket, masukkan pulak ayam.. kendian masuk stok ayam.. biarkan mendidih.. agak2 daging empuk. kendian masukkan lada sulah n sos tiram.. garam sikit saja sebab kadang2 sos tiram dan stok ayam dah masin.. rasa tau.. pastu masukkan sayur2.. biarkan mendidih.. masukkan cili api dan last sekali baru masukkan bancuhan tepung jagung.. tuang kuah ke atas kuey teow dan hias dengan daun sup n bawang.. tadaaaaa..
Udang Masak ala RendangResepi ini untuk 2 orang makan..
Bahan2:
Udang galah dalam 11 ekor saiz sedang (korang jangan imagine udang galah lobster tu.. kecik sikit ye puan2). dibersihkan
Bawang merah (3 ulas) bawang putih (2 ulas)
Serai sebatang
Lengkuas 4cm
Halia 2cm
Cili kisar
Santan
Kerisik
Garam secukup rasa
Daun kunyit (kalau ada.. ) dihiris halus
Cara2nya:
Kisar bahan 2,3,4,5 dalam blender.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yg telah dikisar.
Masukkan cili kisar (bergantung kepada citarasa anda.. lagi banyak lagi pedas aaa)
Biar sehingga pecah minyak
masukkan santan pekat
biar sehingga betul2 masak (macam nak jadi rendang gitu)
masukkan garam secukup rasa
masukkan udang pulak
kendian, boleh bubuh kerisik utk pekatkan kuah.. lebih kurang satu sudu makan penuh
last sekali masukkan daun kunyit yang dihiris (kalau ada lagi best)
tadaaaaa.. siap!!
Macaroni au GratinIngredients:
200gm macaroni..boiled till softened. Mama pakai spigadoro.. sebab kat rumah tak ada stok macaroni.. hohoho
70gm Parmesan Cheese Mama pakai mozarella cheese aje.. pastu tambah breadcrumbs kasi cam kaler merah2 sikit bila dah bakar
Filling:
200gm chicken sliced thinly Mama tak pakai seafood.. tak kena citarasa mama.. huhuhu
50gm minced meat
2 small potatoes- sliced thinly Pakai extra sikit sebab gratin sedap bila potato lebih
1 onion..preferably the white onion..chopped Mama pakai bawang blender aje.. ahaksss
2 teaspn black pepper Kurangkan kalau tak mahu rasa panas.. pakai 2 sudu memang panassss
White Sauce
4 tbs butter
5 tbs wheat flour
2 1/2 cups fresh milk
1/2 cube chicken stock (melt with 1/2 cup of warm water)
2/3 tsp salt
Instructions:
Fry the mixture for the filling. Pour in some water to soften the potatoes faster. Keep aside. Mama used olive oil to fry..
For the white sauce, melt the butter over a medium flame. Put in flour and continue whisking not to let the batter crumbled. Pour in milk, chicken stock mixture and salt.
Pour in the filling mixture, stir well for a while and off the fire.
Mix together white sauce with the macaroni. Pour into desired casserole and sprinkle adequate cheese on top. Then bake at 220 deg C for 15~20 mins.
May be eaten as it is or with chilli sauce.
sumber :
http://www.mamaaiman.blogspot.com/ (big sorry, lum ask permission..hehe)