Wednesday, April 8, 2009

Panduan Menyediakan Makanan Kepada Bayi

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.
Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).2. Lenyekkan atau blender buah.3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.
Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.
Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner).
Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.
Sumber : www.susuibu.com

Penyusuan Ibu Eksklusif 6 Bulan Pertama


Penyusuan ibu eksklusif enam bulan pertama - Mingguan Malaysia - 4 September, 2005
Oleh: TAJAIYAH IHSAN
WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.
Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.
``Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'' ujar Dr. Jamiyah.
Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.
Dr. Jamiyah berkata, ``Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.
''Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.
Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.
Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat' pada 13 Ogos lalu.
Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.
Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.
Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:
``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.
Kelebihan susu ibu
* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).
* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.Faedah penyusuan terhadap ibu* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
* mengelakkan pendarahan selepas bersalin
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.
Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.
``Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'' ujar Dr. Jamiyah lagi.
Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.
``Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.
''Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.
Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.
Proses pengeluaran susu
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.
Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.
Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.
Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.
Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.
Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.
``Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'' katanya lagi.
Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.
Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.
Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.
Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.
Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.
Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.
Tolak tanggapan negatif
Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.
Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.
Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.
Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.
``Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'' ujar Dr. Jamiyah.

Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan

Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan..."Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.
Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.
source : www.susuibu.com

Monday, April 6, 2009

Recipe to try 2

BUTTER COOKIES
Source : Videojug.com
Ingredients :
30 g icing sugar
1 tsp vanilla essence
A pinch of salt
130 g Plain flour
100 g corn flour
180 g butter
A little flour for dusting and some icing sugar for the garnish

Method :
1. Set the oven to 160 degrees Celsius.
2. Mix butter and the icing sugar for a minute on medium speed and then increase the speed to high.
3. Once the sugar is well-mixed with the butter, add the salt and the vanilla essence.
4. Return the mixer to a low speed and add the flour.
5. Next, add the corn flour but mix it only until it is evenly combined.
6. Turn off the mixer and scrape the dough from the attachment.
7. Now allow the biscuit dough to chill in the refrigerator for at least 2 hours.
8. Sprinkle your work area, the dough, and the rolling pin with a little flour.
9. Slowly and gently roll the dough to a uniform thickness of about 1/2 of a centimetre.
10. Now using the cutter, carefully make the individual biscuits.
11. To make it easier, you can dip the cutter into a little flour.
12. Use the small knife to help transfer the biscuits to the baking tray covered in baking paper. 13. Place your biscuits into the oven and let them bake for 15 minutes at 160 degrees Celsius. 14.They should have a whitish appearance when done.
15. You can now take your butter biscuits out of the oven and let them cool a bit.
16. While still warm, sprinkle them with a little icing sugar.
17. Your biscuits are now ready to serve. If you can make yourself wait, let them cool to room temperature. Enjoy!


Kuih Cara Berlauk

Ingredients: For the batter
2 cups multipurpose flour
2 cups water
1 cup coconut milk ( I used half packet of coconut powder)
1 egg
1 tespn salt
A little tumeric powder to colour the batter yellow
*Mix all ingredients and filter.

For the filling
1 cup minced meat
1 onion
1 clove garlic
1/2 teaspn black pepper
1 tespn curry powder
1/2 teapn tumeric powder
1/2 tblspn oyster sauce
1 tblspn chillie sauce Salt and sugar to taste
* Stir fry as usual.

Method :
1. For the batter, mix well and filter into a jug with long nozzle for easy pouring. 2. Grease the mould with cooking oil using screwpine leave or pastry brush.
3. Pour in the batter 3/4 full into the mould not to let overflows.
Put on the lid (I recommend casserole lid coz you can see thru) and wait until the batter half-cooked.
4. Put in the fried minced meat. Garnish with chillie or spring onion/celery.
5. Put on the lid and leave to cook.
6. Take them out using toothpick or fork. Serve warm.

Saturday, April 4, 2009

Recipe to try 1

Puding Caramel

bahan2:

4 cawan susu segar
3 keping roti
3 biji telur
1/2 tin susu pekat
esen vanila
1 cawan gula untuk caramel

cara2 nya:

memula panaskan susu segar dalam kuali.
ketepikan dalam mangkuk dan masukkan roti. biarkan sejuk sikit.
setelah sejuk sikit, masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla ke dalam blender. masukkan adunan susu + roti tadi dalam blender juga. blend hingga hancur.gula secawan tadi dipanaskan atas api sehingga menjadi caramel (make sure api x besar sgt.. kang hangus).
kendian, sapukan butter dalam loyang.
tuang gula caramel tu dan akhir sekali tuangkan semua bahan yang diblend
masukkan dalam pengukus dan kukus untuk 20min dalam api sederhana.. tadaaaaa.. dah siap!!

Oatmeal w Chocolate Chip Cookies

1 kiub butter
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan castor sugar
2 biji telur
1 sudu caramel/golden syrup
31/2 cawan gandum
1 cawan oat (dikisar)
1/2 sudu baking powder
3/4 sudu soda bikarbonat
1 cawan chocolate chip

Cara Penyediaan:

1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan telur dan pukul hingga sebati dan kembang
3. masukkan vanila essence dan aduk hingga sebati.
4. Masukkan baking powder dan soda bikarbonat dan aduk hingga sebati.
5. Masukkan oat dan gaul sebati.
6. Masukan gandum sedikit demi sedikit.
7. Masukkan chocolate chip dan gaul hingga sebati.
8. Kaup dengan sudu untuk mendapatkan drop type cookies

Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahannya:
1 kiub butter
5 sudu brown sugar
5 sudu castor sugar
300gm gandum
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan almond/hazelnut/walnut powder
1/2 cawan almond (nibbed / cincang)
1 biji telur
1 1/2 sudu Cocoa powder
1 sudu vanila essence
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat

Cara Penyediaan:

1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan telur dan pukul hingga sebati dan kembang
3. masukkan vanila essence dan cocoa powder dan aduk hingga sebati.
4. Masukkan baking powder dan soda bikarbonat dan aduk hingga sebati.
5. Masukkan almond/hazelnut/walnut powder dan gaul sebati.
6. Masukan gandum sedikit demi sedikit.
7. Masukkan chocolate chip dan almond cincang dan gaul hingga sebati.
8. Kaup dengan sudu untuk mendapatkan drop type cookies


Ikan Goreng Tauchu

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung (digoreng)
4 ulas bawang putih(di hiris nipis)
1/2 inci halia(dihiris panjang2)
1/2 biji bawang besar (potong wedges)
1 1/2 sudu makan tauchu
1/2 cawan air asam jawa
3 biji cili hijau (belah dua)
sedikit gula

Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih & halia
2. masukkan tauchu dan masak hingga naik bau
3. Masukkan air asam jawa dan gula
4. Masukkan bawang besar dan cili hijau
5. Masukkan ikan yang telah digoreng.
Masak hingga nampak kuah meresap ke dalam ikan.


Caramel

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
5 biji telur (saiz L)
3/4 cawan gula
2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air
1/2 cawan gula (dimasak jadi caramel)

Cara Penyediaan:

1. Bancuh susu, telur, gula, garan dan air hingga kembang
2. Masukkan gula caramel ke dalam loyang.
3. Tuang bacuhan ke dalam loyang yg ada caramel
4. Kukus hingga masak

Tip:1. cucuk dengan lidi atau cake tester bagi memastikan puding dah betul2 masak. kalau dah betul2 masak, lidi yg ditarik keluar akan bersih.2. Utk masak karamel, masak gula hingga hangus, masukkan air mendidih (1/4 cawan) sedikit demi sedikit bagi mengelakkan gula merepuh.


Bingka Roti Bejagung

Bahan-bahan

3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan Mama guna 250ml santan + 750ml susu segar.. janji cukup 1L
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara

Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek Mama pakai non-stick mould.. agaknye sebab tu la tak de kerak2 kat tepi.. cisss.. lainkali pakai loyang biasa aje.. mama suka kerak2 tu..
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.


Kuey Teow Hong Kong

untuk 2 orang makan

2 genggam kuey teow.. basuh.. dan toskan.. kalau keras, celur sket..
4 biji telur.. 2 biji untuk setiap orang
pukul telur dalam mangkuk asing. panaskan minyak sket je, masukkan kuey teow dan tuang telur.. make sure rata supaya dia jadi cam penkek gitu.. ketepikan
bawang putih, merah dan halia sikit di potong halus.
daging sket
ayam sket
baby corn sket
carrot potong panjang2 halus sket
bunga kobis sket
2 sudu stok ayam maggi dibancuh dengan air (lebih kurang 300ml)
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air
air secukupnya
garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada putih
cili api dihiris halus kalau suka pedas
daun sup + bawang utk hiasan
cara2.. lebih kurang cam nak masak ladna je..
tumis bawang n halia hingga naik bau. masukkan daging. dah lama sket, masukkan pulak ayam.. kendian masuk stok ayam.. biarkan mendidih.. agak2 daging empuk. kendian masukkan lada sulah n sos tiram.. garam sikit saja sebab kadang2 sos tiram dan stok ayam dah masin.. rasa tau.. pastu masukkan sayur2.. biarkan mendidih.. masukkan cili api dan last sekali baru masukkan bancuhan tepung jagung.. tuang kuah ke atas kuey teow dan hias dengan daun sup n bawang.. tadaaaaa..


Udang Masak ala Rendang

Resepi ini untuk 2 orang makan..
Bahan2:
Udang galah dalam 11 ekor saiz sedang (korang jangan imagine udang galah lobster tu.. kecik sikit ye puan2). dibersihkan
Bawang merah (3 ulas) bawang putih (2 ulas)
Serai sebatang
Lengkuas 4cm
Halia 2cm
Cili kisar
Santan
Kerisik
Garam secukup rasa
Daun kunyit (kalau ada.. ) dihiris halus
Cara2nya:
Kisar bahan 2,3,4,5 dalam blender.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yg telah dikisar.
Masukkan cili kisar (bergantung kepada citarasa anda.. lagi banyak lagi pedas aaa)
Biar sehingga pecah minyak
masukkan santan pekat
biar sehingga betul2 masak (macam nak jadi rendang gitu)
masukkan garam secukup rasa
masukkan udang pulak
kendian, boleh bubuh kerisik utk pekatkan kuah.. lebih kurang satu sudu makan penuh
last sekali masukkan daun kunyit yang dihiris (kalau ada lagi best)
tadaaaaa.. siap!!


Macaroni au Gratin

Ingredients:

200gm macaroni..boiled till softened. Mama pakai spigadoro.. sebab kat rumah tak ada stok macaroni.. hohoho
70gm Parmesan Cheese Mama pakai mozarella cheese aje.. pastu tambah breadcrumbs kasi cam kaler merah2 sikit bila dah bakar

Filling:

200gm chicken sliced thinly Mama tak pakai seafood.. tak kena citarasa mama.. huhuhu
50gm minced meat
2 small potatoes- sliced thinly Pakai extra sikit sebab gratin sedap bila potato lebih
1 onion..preferably the white onion..chopped Mama pakai bawang blender aje.. ahaksss
2 teaspn black pepper Kurangkan kalau tak mahu rasa panas.. pakai 2 sudu memang panassss
White Sauce
4 tbs butter
5 tbs wheat flour
2 1/2 cups fresh milk
1/2 cube chicken stock (melt with 1/2 cup of warm water)
2/3 tsp salt

Instructions:

Fry the mixture for the filling. Pour in some water to soften the potatoes faster. Keep aside. Mama used olive oil to fry..
For the white sauce, melt the butter over a medium flame. Put in flour and continue whisking not to let the batter crumbled. Pour in milk, chicken stock mixture and salt.
Pour in the filling mixture, stir well for a while and off the fire.
Mix together white sauce with the macaroni. Pour into desired casserole and sprinkle adequate cheese on top. Then bake at 220 deg C for 15~20 mins.
May be eaten as it is or with chilli sauce.


sumber : http://www.mamaaiman.blogspot.com/ (big sorry, lum ask permission..hehe)

Nabihah 1st bday

Selamat Hari Lahir Nabihah